Pulau Langkawi adalah sebuah pulau yang terletak di Kedah dan terkenal dengan pantainya yang cantik, penuh dengan kisah-kisah lagenda seperti lagenda Mahsuri dan mempunyai tempat-tempat menarik yang wajib dikunjungi.
Kepada anda yang merancang nak pergi ke Pulau Langkawi, berikut adalah tempat-tempat menarik yang mesti anda pergi.

1. Dream Forest Langkawi
Dream Forest Langkawi adalah tempat yang wajib anda masukkan dalam itinerari di Pulau Langkawi. Anda akan berjalan di dalam hutan sepanjang 1.2 kilometer yang dipenuhi dengan lampu-lampu seperti berada dalam filem Avatar.
Sepanjang perjalanan tersebut, anda akan mengikuti kisah lagenda Pulau Langkawi iaitu Puteri Dayang Bunting, Tun Teja, Merong Mahawangsa dan kisah pergaduhan dua gergasi yang dikenali sebagai Mat Raya dan Mat Chinchang yang bertukar menjadi gunung.
Tips
Dream Forest Langkawi
- Pastikan anda pakai kasut sukan atau kasut yang bersesuaian untuk berjalan
- Datang dalam pukul 8 malam ketika hari betul-betul gelap
- Tak perlu rushing ketika berjalan. Santai-santai je sambil menikmati aktiviti-aktiviti yang disediakan

2. Langkawi SkyCab Cable Car
Tak lengkap kalau pergi ke Pulau Langkawi tapi tak mencuba menaiki cable car yang tertinggi di Malaysia. Dari aras ketinggian 708 meter dari paras laut ini, anda akan dapat melihat keseluruhan pemandangan bandar Pulau Langkawi dan sebahagian pulau di selatan Thailand.
Ketika sampai di Top Station nanti, pastikan anda pergi ke SkyBridge dan rasai sendiri pengalaman berjalan di atas jambatan gantung sepanjang 125 meter.
Selain aktiviti cable car, anda juga boleh masuk ke tempat-tempat menarik seperti Skydome, Skyrex dan 3D Art Langkawi dengan menggunakan tiket cable car yang sama.
Tips
Langkawi SkyCab Cable Car
- Harga untuk ke SkyBridge tak termasuk dalam pembelian tiket SkyCab
- Kalau larat untuk berjalan kaki ke SkyBridge, tak perlu beli tiket SkyGlide sebab nanti anda terpaksa tunggu lama untuk beratur naik SkyGlide
- Pastikan anda pergi ke Skydome, Skyrex dan 3D Art Langkawi sebab tiket yang anda beli dah termasuk dengan pakej ini

3. Anak Hantu Beach Bar
Tempat yang happening di waktu malam adalah di Pantai Cenang yang terletak dalam 20 kilometer dari Pekan Kuah, Langkawi. Dan apabila sampai di sini, pastikan anda pergi ke Anak Hantu Beach Bar untuk melihat pertunjukan api di tepi pantai.
Masuk adalah percuma tetapi untuk dewasa, anda kena beli air minuman yang berharga RM15 sahaja. Anda juga boleh melihat pertunjukan api tanpa masuk ke kawasan Anak Hantu Beach Bar tetapi kalau ada crew yang minta duit sumbangan, bagi la sedikit walaupun tak banyak untuk support pertunjukan mereka.
Tips
Anak Hantu Beach Bar
- Kalau dapat seat depan, anda boleh tengok pertunjukan api tanpa gangguan orang di hadapan tetapi akan terasa bahang apabila mereka meniup api besar
- Tak perlu bawah tikar kerana ada disediakan bean bag dan tikar untuk anda duduk
- Boleh bawa makanan tetapi wajib beli air kalau nak duduk dalam kawasan beach bar

4. Underwater World Langkawi
Salah satu tempat di Pulau Langkawi yang anak-anak anda akan hargai adalah Underwater World Langkawi. Terdapat lebih dari 4,000 spesis hidupan akuatik yang terdapat di sini.
Antara spot-spot menarik yang wajib anda ambil gambar adalah di bahagian Penguinarium yang menempatkan pelbagai spesis penguin dan terowong sepanjang 15 meter yang menempatkan ikan jerung, pari dan penyu bersaiz besar.
Tips
Underwater World Langkawi
- Elak menggunakan flash ketika mengambil gambar
- Tempat keluar Underwater World Langkawi bersambung dengan kedai bebas cukai

5. Haji Ismail Group (HIG)
Kalau datang ke Pulau Langkawi, takkan tak beli coklat kan? Kalau nak beli coklat, boleh beli di Perniagaan Haji Ismail Group yang terletak di Pekan Kuah, Langkawi.
Antara tempat yang kami pernah pergi, harga coklat di HIG adalah antara termurah dari kedai-kedai yang lain. So kalau anda datang ke sini, make sure borong sebanyak mungkin coklat yang ada di sini.
Tips
Haji Ismail Group (HIG)
- Borong coklat dekat sini kerana harganya lebih murah berbanding tempat-tempat lain
- Pastikan semak tarikh luput coklat. Ada sesetengahnya akan expired dalam 3 bulan























