Mee Bandung Power Melaka yang Memang Power

Mee Bandung Power Melaka

Anda peminat mee bandung?

Kalau anda ke Melaka dan nak rasa kelainan mee bandung di sini, anda boleh pergi ke Mee Bandung Power Melaka.

Kedai Mee Bandung Power Melaka ini terletak di Durian Tunggal, Melaka. Perjalanan dari Bandar Hilir ke kedai ini mengambil masa dalam 20-30 minit sahaja.

Mee Bandung Double Special

Terdapat beberapa pilihan mee bandung yang boleh anda pilih. Tetapi kami pilih Mee Bandung Double Special.

Apa yang double special tu?

Kalau double special, anda akan dapat tiga jenis bahan iaitu udang, daging dan kerang. Alang-alang dah sampai Melaka kan? Takkan nak ambil yang biasa-biasa. Kena la ambil yang luar biasa. ๐Ÿ˜‚

Tetapi kalau ada ahli keluarga anda yang tidak suka makan mee bandung, kedai Mee Bandung Power Melaka ini ada juga menyediakan menu masakan goreng-goreng seperti bihun, mee, kuey teow dan nasi goreng.

Harga pun tidaklah mahal. Mungkin kerana kedai makan ini terletak jauh sikit dari bandar, maka harga dia memang just nice. Berbaloi dengan rasa dan kuantiti makanan yang disediakan.

Secara overall, kami berpuas hati dengan mee bandung dekat kedai Mee Bandung Power Melaka ni. Next time kalau datang ke Melaka lagi, boleh repeat lagi.

Menu & Harga

Lokasi & Maklumat Kedai

Nombor Telefon: +601164256537

Masa Buka:

  • Isnin – Sabtu: 5.00 pm – 11.00 pm
  • Ahad: Tutup

Leave a Comment