
Baru-baru ini, team Destinasi Kini telah pergi ke Kg Felda Sendayan, Negeri Sembilan untuk sarapan roti canai kari kambing di Tumis Station.
Kami tiba di Tumis Station seawal jam 7.30 pagi dan masih banyak lagi tempat letak kereta dan tempat duduk yang kosong. Tetapi dalam pukul 8 pagi, orang mula semakin ramai dan kedai menjadi semakin sibuk.
Menu istimewa di kedai Tumis Station adalah Roti Canai Kari Kambing. Kebiasaannya kita makan roti canai dengan kuah dal, kuah kari atau pun sambal kan? Tetapi yang uniknya di sini adalah anda boleh order roti canai bersama dengan kuah kari kambing.



Harga kuah kari kambing berasingan dengan roti canai. Jadi kalau anda order roti canai kari kambing, anda akan dicaj untuk roti canai satu dan kuah kari kambing satu.
Cadangan kami kalau anda nak cuba makan menu ini, better order 1 sahaja set kari kambing dan yang selebihnya order set roti canai kuah biasa. Lebih jimat berbanding anda kena bayar RM8 untuk setiap kuah kari kambing.
Selain menu roti canai, di sini ada juga disediakan menu sarapan yang lain seperti nasi lemak, lontong dan soto.

Susunan tempat duduk agak rapat antara satu meja dengan meja yang lain. Dan ada meja yang tidak terlindung dengan blind matahari. Jadi ketika matahari tengah naik tu, anda mungkin akan berasa panas terkena terik matahari pagi dan tambahan vitamin D pagi.
Lokasi kedai Tumis Station tidak jauh dari Masjid Sri Sendayan. Kurang 2 kilometer dari Masjid Sri Sendayan, dah pun sampai kedai Tumis Station.
Berikut adalah review kami untuk Tumis Station, Kg Felda Sendayan di Negeri Sembilan.
- Tema Masakan: Melayu
- Pilihan Makanan: Berasaskan sarapan pagi
- Masakan Panas: Ada
- Harga: ๐ฐ๐ฐ๐ฐ๐ฐ
- Ruang Makan: Agak Terhad
- Tempat Makan (Open Air): Ada
- Tempat Makan (Aircond): Tiada
- Tempat Parking: Luas
- Surau: Tiada
- Tandas: Tidak Pasti
Info
Tumis Station
- Masa: 7.00 am – 11.00 am (Setiap hari, kecuali tutup pada hari Selasa)
- Telefon: 012-5298659


