Segalanya sedap di Soi 55 Thai Kitchen – Keenakan masakan Thai yang asli dari Thailand

Dalam banyak-banyak restoran Thai yang kami pernah pergi, Restoran Soi 55 Thai Kitchen adalah yang paling win dan sedap.

Soi 55 Thai Kitchen adalah restoran yang menyajikan makanan masakan Thai dan mempunyai lebih dari 15 cawangan di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan.

Soi adalah perkataan Thai yang membawa maksud “jalan” dan 55 yang disebut sebagai “Haa Haa” yang bunyinya seakan-akan ketawa adalah pengalaman yang ingin dibawa oleh pengasas Soi 55 Thai Kitchen di Malaysia di mana pelanggan boleh menikmati makanan Thai dengan perasaan gembira.

Baru-baru ini team Destinasi Kini telah berkesempatan ke Soi 55 Thai Kitchen cawangan Nilai dan merasai sendiri keenakan rasa makanan di sini.

Antara menu yang kami pesan adalah:

  • Steamed Fish with Garlic and Lime
  • Signature Tom Yam Seafood
  • Deep Fried Fish with Signature Chili Sauce
  • Stired Fried Kailan with Salted Fish
  • Fuzzy Eggs with Prawn Meat

Rasa tom yam dia sangat-sangat win. Sangat berbeza dengan tom yam yang pernah kami makan di mana-mana restoran sebelum ini. Rasa masam, pedas, masin semuanya cukup. Udang, sotong dan ikan pun fresh.

Ikan stim limau pun sedap. Semuanya cukup rasa. Rasa masam limau dia memang sangat “kick” dalam setiap suapan. Isi ikan pun fresh dan tersangat surrr… Sedap dan wajib try kalau anda datang ke Soi 55 Thai Kitchen ini.

Telur dadar isi udangnya pun tak kalah, memang sedap dan puas hati bila dimakan bersama dengan nasi. Ditambah pula dengan rasa masin dari sayur kailan ikan masin. Terbaik!

Dan menu yang anda wajib order juga adalah ikan deep fried bersama dengan sos cili istimewa. Sos cilinya tidak pedas dan memang kena dengan ikan yang digoreng sempurna ini.

Dari segi suasana kedai pun tenang dan selesa. Susunan meja pun tidak terlalu rapat dengan meja sebelah. Jadi anda dapat makan dengan tenang tanpa rasa terganggu.

Bagaimana pula dari segi harga?

Harga memang agak sedikit mahal tetapi jika dibandingkan dengan kualiti rasa, pada kami harganya berbaloi.

Kalau ditanya, kami boleh katakan Soi 55 Thai Kitchen adalah #1 untuk restoran masakan Thai. Memang win dan memang recommended kalau anda nak makan masakan berasaskan Thai.

Tetapi tak boleh makan selalu, nanti boleh “botak kepala”. 😅

Berikut adalah review kami untuk Soi 55 Thai Kitchen (cawangan Nilai):

  • Tema Masakan: Thai
  • Pilihan Makanan: Masakan panas tengahari hingga malam
  • Masakan Panas: Ada
  • Harga: 💰💰💰💰💰
  • Ruang Makan: Selesa
  • Tempat Makan (Open Air): Tiada
  • Tempat Makan (Aircond): Ada
  • Tempat Parking: Berbayar (kecuali di luar waktu pejabat)
  • Surau: Tiada
  • Tandas: Memuaskan
INFO

Soi 55 Thai Kitchen (nilai)


  • Masakan berasaskan Thai
  • Sedap dan sangat recommended
  • Make sure anda order ikan stim limau

Leave a Comment