Kalau orang Kuala Lumpur dan Lembah Klang yang nak mandi pantai, pantai terdekat yang menjadi pilihan ramai semestinya Port Dickson yang terletak di Negeri Sembilan.
Jaraknya dari Kuala Lumpur sekitar 90 kilometer sahaja dan mengambil masa lebih kurang dalam sejam setengah perjalanan.


Terdapat banyak tempat makan yang menarik di Port Dickson. Tetapi salah satu tempat yang anda boleh pergi adalah di TapaqKing Ikan Bakar yang terletak di Batu 4, tak jauh pun dari Kings Char Kuey Teow dan Muzium Tentera Darat Port Dickson.
TapaqKing Ikan Bakar ini dimiliki oleh saudara Aizat Zulhailie Abu Bakar yang juga merupakan pemilik Kings Char Kuey Teow di Port Dickson. Patutlah nama kedai ini seakan-akan sama kerana pemiliknya adalah orang yang sama.

TapaqKing Ikan Bakar merupakan restoran ikan bakar yang terbesar di Port Dickson dan mempunyai pelbagai jenis lauk-pauk seperti gulai tempoyak, asam pedas, lemak salai, goreng tepung dan macam-macam lagi.
Menu wajib yang anda pilih semestinya ikan bakar. Konsep di sini adalah layan diri dan setiap hidangan telah pun siap diletakkan di atas pinggan atau mangkuk. Tinggal anda ambil dan bayar sahaja. Harga pun tidaklah mahal dan ianya berpatutan dengan kuantiti makanan yang disediakan.



Tempat makan pun luas dan selesa. Sesuai untuk anda yang suka datang secara berkumpulan atau konvoi kerana TapaqKing Ikan Bakar juga menyediakan ruangan parking yang luas.
Di sini juga ada disediakan surau untuk ruang solat kepada tetamu dan pengunjung menunaikan solat. Cumanya surau ini tidaklah besar tetapi boleh muatkan dalam 4-5 jemaah dalam satu-satu masa. Ruang untuk mengambil wuduk juga ada disediakan di luar tandas bersebelahan dengan surau.

Berikut adalah review kami untuk TapaqKing Ikan Bakar, Port Dickson di Negeri Sembilan.
- Tema Masakan: Melayu, Kampung, Western (malam sahaja)
- Pilihan Makanan: Banyak
- Masakan Panas: Ada (malam sahaja)
- Harga: ๐ฐ๐ฐ๐ฐ
- Ruang Makan: Luas, Selesa
- Tempat Makan (Open Air): Ada
- Tempat Makan (Aircond): Ada
- Tempat Parking: Luas
- Surau: Ada
- Tandas: Bersih
Info
TapaqKing Ikan Bakar
- Alamat: TapaqKing Ikan Bakar, Lot 224, Jalan Pantai Batu 4, Kampung Si Rusa, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
- Masa: 12.00 pm – 12.00 am
- Telefon: 01167443644


