Tahukah anda Pulau Pinang menerima lebih 3.7 juta pelancong pada tahun 2023? Tidak hairanlah ia digelar sebagai ‘Pulau Mutiara’ kerana penuh dengan tarikan pelancongannya yang memukau dari pantai hingga ke puncak bukit.
Dari George Town yang penuh sejarah hingga ke taman tema moden ESCAPE, Pulau Pinang menawarkan pengalaman yang unik untuk setiap pengunjung. Mari kita terokai 12 tempat menarik yang akan membuatkan percutian anda di pulau ini lebih bermakna.

#1 Pantai Batu Ferringhi
Pantai dengan pasir putih ini menawarkan pemandangan yang menakjubkan di sepanjang pantai. Di sini, anda boleh menikmati suasana pantai yang tenang sambil berehat di atas pasir putih yang lembut. Untuk peminat aktiviti lasak, anda boleh mencuba jet ski dan parasailing dengan harga yang berpatutan.
Selepas bermain air, pastikan anda singgah ke gerai-gerai makanan tempatan untuk menikmati masakan dan hidangan laut yang segar. Pada waktu malam, suasana akan bertukar menjadi lebih meriah dengan barisan restoran yang menyajikan pelbagai menu istimewa. Anda juga boleh berjalan-jalan di pasar malam yang terkenal dengan barangan cenderamata.
#2 Gurney Drive
Tak lengkap datang ke Pulau Pinang kalau tak singgah Gurney Drive. Anda boleh menikmati hidangan tempatan seperti Char Kuey Teow, Laksa Penang, dan Rojak Pasembur di gerai-gerai makanan yang berderet. Suasana di sini lebih meriah pada waktu petang hingga malam.
Selain menjamu selera, anda juga boleh berjalan-jalan di tepi laut sambil menikmati pemandangan laut yang indah di sepanjang Gurney Drive. Angin laut yang sejuk dan pemandangan matahari terbenam menjadikan Gurney Drive lokasi yang sesuai untuk bersantai bersama keluarga.

#3 ESCAPE Penang
Taman tema lasak ini menawarkan lebih 30 aktiviti lasak untuk semua peringkat umur. Anda boleh mencuba gelongsor air terpanjang di dunia dengan panjang 1,111 meter. Selain itu, aktiviti seperti halangan tali dan rock climbing yang pasti akan mencabar keberanian dan fizikal anda.
Waktu terbaik untuk anda datang ke sini adalah awal pagi untuk mengelakkan kesesakan dan panas terik matahari. Tempah tiket dalam talian lebih awal untuk mendapatkan harga yang lebih murah. Pastikan juga untuk bawa pakaian yang sesuai dan tuala tambahan jika anda ingin mencuba aktiviti air.
INFO
Escape Penang
- Dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang
- Harga tiket bermula dari RM86 – RM184
- Percuma untuk kanak-kanak (bawah 3 tahun) dan warga emas (61 tahun ke atas)

#4 Penang Bird Park
Taman burung pertama dan terbesar di Malaysia ini menjadi rumah kepada lebih 300 spesies burung yang unik. Di sini, anda boleh melihat burung merak yang cantik mengembangkan ekornya dan burung kakak tua yang pandai berinteraksi dengan pengunjung. Suasana semulajadi dengan pokok-pokok yang rendang menjadikan Taman Burung Penang ini adalah tempat yang sesuai untuk anda seisi keluarga.
Anda juga boleh mengambil gambar bersama burung-burung yang jinak dan menyaksikan pertunjukan burung yang menarik. Jangan lupa membawa kamera untuk merakam detik-detik istimewa bersama burung eksotik yang terdapat di sini. Waktu terbaik untuk lawatan adalah pada awal pagi ketika burung-burung masih aktif.
INFO
Penang Bird Park
- Dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang
- Harga tiket RM38 untuk warganegara dan RM45 untuk warga asing

#5 Bukit Bendera (Penang Hill)
Dari ketinggian 833 meter, anda boleh menikmati pemandangan panorama Pulau Pinang yang mengagumkan. Waktu terbaik untuk ke sini adalah awal pagi ketika udara masih sejuk dan langit cerah. Pemandangan matahari terbit dari puncak bukit memang tidak boleh anda lepaskan.
Perjalanan mengambil masa kira-kira 10 minit untuk sampai ke puncak dengan menaiki keretapi yang disediakan. Untuk penggemar aktiviti lasak, trek mendaki yang mencabar turut disediakan di sini.
INFO
Bukit Bendera
- Tiket keretapi dibuka dari jam 6.30 pagi hingga 11.00 malam
- Harga tiket mengikut kategori dan lane bermula dari RM8 sehingga RM40 seorang

#6 Tropical Spice Garden
Tempat yang tak boleh anda lepaskan adalah Tropical Spice Garden yang terletak di Teluk Bahang, Pulau Pinang yang memiliki lebih 500 jenis rempah dan tumbuhan eksotik. Taman rempah dan eksotik ini menawarkan suasana yang tenang dengan pemandangan indah Selat Melaka. Anda juga boleh sertai sesi lawatan yang dapat membantu anda mengenali pelbagai jenis rempah yang digunakan dalam masakan tempatan.
Selain itu, anda boleh menyertai kelas memasak untuk mempelajari rahsia masakan tempatan dengan menggunakan rempah-ratus asli. Digalakkan untuk anda memakai kasut dan pakaian yang selesa kerana anda perlu berjalan di laluan taman yang berbukit-bukit.
INFO
Tropical Spice Garden
- Dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang
- Tiket boleh dibeli secara online di sini.

#7 George Town – Tapak Warisan Dunia UNESCO
Bandar George Town telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai tapak warisan dunia yang menawarkan pengalaman pengembaraan yang unik.
Di sini, anda boleh menemui seni mural menarik hasil karya Ernest Zacharevic yang dilukis di tiga tempat berasingan iaitu di Armenian Street, Ah Quee Street, and Cannon Street. Armenian Street adalah lokasi yang paling popular dengan lukisan kanak-kanak bermain basikal dan adik-beradik di atas motosikal.
Jalan-jalan di kawasan warisan ini memperkenalkan anda kepada bangunan kolonial yang menakjubkan. Singgah sebentar ke kedai kopi tradisional dan mencuba sendiri kopi dan roti bakar.
Anda juga boleh pergi ke Perkampungan Terapung Clan Jetties untuk melihat kehidupan penduduk di rumah-rumah kayu yang dibina di atas air sejak beratus tahun dahulu. Perkampungan ini terdiri daripada 6 buah jeti iaitu Lim Jetty, Chew Jetty, Tan Jetty, Lee Jetty, Yeoh Jetty, dan Koay Jetty.

#8 Fort Cornwallis
Kubu yang dibina oleh Captain Francis Light pada tahun 1786 ini merupakan kubu pertahanan tertua di Malaysia. Di sini, anda boleh melihat meriam “Seri Rambai” yang terkenal dan tembok batu yang masih teguh berdiri. Lokasi strategik yang terletak di tengah George Town ini memudahkan anda untuk singgah semasa menjelajah bandar warisan UNESCO ini.
Bekas kubu pertahanan tentera British ini juga menawarkan tour guide untuk mendengar kisah menarik tentang sejarah Pulau Pinang. Anda boleh bergambar di mercu tanda penting seperti tiang bendera bersejarah dan bilik tahanan.

#9 The TOP Komtar
Rainbow Skywalk yang terletak di The TOP, Komtar menawarkan pemandangan George Town yang menakjubkan. Dari ketinggian 244.6 meter ini, anda boleh melihat seluruh bandar dan laut di sekitar. Jambatan kaca separuh bulat yang lutsinar memberikan pengalaman berjalan di udara yang mengujakan.
Lawatan pada waktu senja paling sesuai kerana anda boleh menikmati pemandangan matahari terbenam yang indah. Pada waktu malam, pemandangan lebih menarik dengan lampu-lampu bandar yang bersinar.

#10 Entopia by Penang Butterfly Farm
Habitat untuk 15,000 rama-rama dari pelbagai spesies yang berterbangan bebas. Taman rama-rama terbesar di Malaysia ini juga menjadi rumah kepada 200 spesies tumbuhan yang indah. Air terjun buatan dan kolam yang cantik menjadikan suasana di taman ini menjadi lebih menarik untuk bergambar.
Masa terbaik untuk anda datang melihat rama-rama adalah pada waktu pagi. Pastikan anda bergerak perlahan-lahan untuk tidak mengganggu rama-rama di sini.
Jangan lupa untuk membawa kamera anda bersama untuk merakam rama-rama yang hinggap di bunga-bunga yang cantik.

#11 Wonderfood Museum
Replika makanan bersaiz besar menampilkan koleksi yang realistik dan mengagumkan. Di sini, anda boleh melihat sendiri hidangan tempatan dan antarabangsa dalam bentuk yang luar biasa. Koleksi makanan yang dipaparkan sangat realistik dan menarik untuk bergambar.
Digalakkan anda untuk tempah tiket dalam talian bagi mendapatkan harga yang istimewa. Jangan lupa membawa kamera untuk mengambil gambar dengan replika makanan yang unik dan menarik di sini. Lawatan biasanya mengambil masa sekitar satu hingga dua jam.

#12 Kampung Agong
Pastikan Kampung Agong adalah destinasi yang wajib anda pergi di Pulau Pinang. Ianya menawarkan pengalaman kehidupan kampung yang autentik dan unik. Pokok kelapa yang tinggi melambai dan sawah padi yang menghijau mewujudkan pemandangan yang memukau. Di sini, anda boleh merasai ketenangan suasana desa yang jauh dari hiruk-pikuk di bandar.
Berjalan-jalan di antara sawah padi sambil menikmati angin sepoi-sepoi yang menyegarkan di waktu pagi pasti menyegarkan diri anda sepanjang hari. Anda juga boleh bergambar dengan latar belakang sawah padi yang cantik dan menikmati air kelapa muda yang menyegarkan.
INFO
Kampung Agong
- Tempat wajib pergi bila pergi ke Pulau Pinang
- Banyak tempat-tempat Instagramable
- Harga tiket bermula dari RM10 untuk warganegara
Kesimpulan
Pulau Pinang bukanlah sekadar destinasi percutian yang biasa. Setiap sudut pulau ini menyimpan keunikannya yang tersendiri, dari pantainya yang cantik hingga ke warisan sejarah yang mengagumkan.
Sama ada anda peminat makanan, pencinta alam semulajadi atau penggemar sejarah, Pulau Pinang pasti memenuhi citarasa anda.
Jadi, tunggu apa lagi? Rancang percutian anda ke Pulau Mutiara ini dan cipta kenangan manis bersama orang tersayang.
